Saturday, 29 March 2025

Breaking the Cycle : My Mistakes, Your Financial Wisdom Kindle Edition

eBook: Breaking the Cycle: My Mistakes, Your Financial Wisdom Kindle Edition

by DR NIK RAHIM NIK WAJIS (Author)  Format: Kindle Edition

Breaking the Cycle: My Mistakes, Your Financial Wisdom




Synopsis

Why do some people reach financial success while others

struggle despite having the same opportunities? In this eye-opening

memoir, Dr. Nik Rahim Nik Wajis takes readers on an

emotional and thought-provoking journey through his financial

missteps, misguided investments, and hard-learned lessons.

From early financial recklessness to the allure of high-income

opportunities that turned into devastating losses, Dr. Nik

Rahim candidly shares his experiences—from extravagant

spending habits to his entanglement with a controversial

investment scheme that ultimately collapsed. His story is not

just a cautionary tale, but a compelling guide for those seeking

financial stability.

This book is filled with real-life lessons on wealth, debt,

business ventures, and the hidden dangers of "get-rich-quick"

schemes. More than just a personal story, it offers invaluable

financial wisdom that readers can apply to their own lives to

avoid similar pitfalls.

If you have ever faced financial struggles, made poor

investment decisions, or wondered how to break free from

financial instability, this book will inspire you to take control of

your financial future.

Don't repeat the same mistakes—learn from them and pave

your way to financial wisdom.

To get your copy, please visit: Amazon - https://rb.gy/2h1zt9 

Monday, 24 February 2025

EBOOK TERBARU DI PASARAN - NOVEL DAN KISAH-KISAH MENARIK UNTUK KANAK-KANAK DAN REMAJA

(EBOOK) NOVEL TERBARU DI PASARAN - SABARLAH SAYANG...


SINOPSIS

SABARLAH SAYANG

Sebuah kisah ketabahan, kecekalan, dan keikhlasan dalam

menghadapi ujian hidup.

Safiah, seorang wanita yang bercita-cita tinggi, percaya

bahawa hidup ini boleh dirancang dengan baik. Dia seorang

pelajar cemerlang, seorang anak yang taat, dan seorang

isteri yang setia. Namun, takdir Allah menentukan segalanya

dan setiap helaian kehidupannya mula diwarnai dengan

ujian yang bertimpa-timpa.

Bagaimana Safiah berhadapan dengan ujian yang tidak

berkesudahan ini? Adakah dia mampu bangkit dan mencari

kebahagiaan, atau takdir masih menyimpan lebih banyak

rahsia yang bakal menguji kesabarannya?

"Sabar itu pahit, tetapi di hujungnya ada kemanisan yang

tidak tergambarkan."

🌿 Sebuah kisah inspirasi tentang ketabahan seorang wanita

yang tidak pernah berhenti berharap kepada Allah.


Cara untuk membuat pesanan:

Buat bayaran ke akaun di bawah:

Nama akaun: Dr Nik Rahim and Associates

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun: 0505-8010-0445 -77

Selepas membuat bayaran sila hantar bukti bayaran dengan menyatakan:

1) Nama

2) No Phone / email

3) Tajuk eBook

4) Jumlah bayaran

5) No. rujukan

ke no. 014 820 7111 


Untuk info lanjut, sila hubungi Dr Nik Rahim (018 3563 832)

==========================================================================

EBOOK TERBARU DI PASARAN - KISAH-KISAH MENARIK UNTUK KANAK-KANAK DAN REMAJA











 1. Kisah Alisha - Penulis - Nik Noor Dina Qistina Nik Rahim (Harga RM10.00)

Sinopsis:

Kisah ini berkisar tentang perjalanan hidup Alisha, seorang pelajar cemerlang yang bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi juga memiliki akhlak terpuji. Alisha terkenal dengan sikap penyabar, rajin, dan pemurah, menjadi contoh kepada rakan-rakan dan murid lain. Kisah ini menggambarkan pengalamannya mengatasi cabaran, seperti menangani pembuli dengan bijaksana, memberi nasihat kepada rakan yang kurang fokus, dan berdepan tekanan peperiksaan dengan tenang.

Alisha mencapai kejayaan luar biasa dengan mendapat 8A dalam UPKK dan 6A dalam UPSR, hasil daripada disiplin dan usaha berterusan. Kisah ini turut menyenaraikan pelbagai tip belajar seperti menghormati guru dan ibu bapa, menjaga kesihatan, serta sentiasa berdoa dan bertawakal. Selain itu, Alisha juga menasihati rakan dan adik-beradiknya agar tidak boros, sebaliknya berjimat dan menabung untuk masa depan.

Selain akademik, kisah Alisha menunjukkan pentingnya nilai-nilai seperti kesabaran, keikhlasan, dan membantu orang lain. Melalui pengalaman dan nasihatnya, kisah ini menggalakkan pembaca untuk berusaha mencapai kejayaan dengan cara yang seimbang, mengamalkan akhlak mulia, dan menyebarkan ilmu untuk kebaikan bersama. Pengajaran utama adalah “kejayaan memerlukan usaha yang gigih, doa, dan tawakal kepada Allah.”


Cara untuk membuat pesanan:

Buat bayaran ke akaun di bawah:

Nama akaun: Dr Nik Rahim and Associates

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun: 0505-8010-0445 -77

Selepas membuat bayaran sila hantar bukti bayaran dengan menyatakan:

1) Nama

2) No Phone / email

3) Tajuk eBook

4) Jumlah bayaran

5) No. rujukan

ke no. 014 820 7111 


Untuk info lanjut, sila hubungi Dr Nik Rahim (018 3563 832)

===================================================


2. Himpunan Kisah-Kisah Hantu Yang Lucu- Penulis - Nik Noor Afini Qurratu A’yuni

 dan Dr Nik Rahim Nik Wajis (Harga RM10.00)

Sinopsis:

Buku Himpunan Kisah Hantu-Hantu Yang Lucu ialah koleksi cerita pendek yang menghiburkan dan penuh gelak tawa. Buku ini membawa pembaca cilik menerokai dunia unik hantu-hantu yang jauh daripada menakutkan. Sebaliknya, mereka kelakar, baik hati, dan kadang-kadang sangat pelik!

Setiap cerita memperkenalkan watak hantu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Selain hiburan, buku ini juga menyelitkan nilai-nilai murni seperti persahabatan, keberanian, dan tolong-menolong. Cerita-ceritanya ditulis dengan bahasa yang mudah difahami dan dihiasi dengan dialog serta aksi lucu yang pasti membuat pembaca muda tertawa.

Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak dan remaja sama ada secara sendiri atau bersama keluarga. Dengan watak-watak unik dan jalan cerita kreatif, buku ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menceriakan hari pembaca cilik.

Masuklah ke dunia penuh warna-warni ini, di mana hantu-hantu tidak menyeramkan tetapi membuat kita tersenyum dan ketawa sepanjang cerita!

===================================================

3. Himpunan Kisah Budak-Budak Nakal - Penulis - Nik Umniyyatul Qudsiyyah Binti Nik Rahim & Dr Nik Rahim Nik Wajis (Harga RM10.00)

Sinopsis:

Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah pendek yang menarik tentang gelagat kanak-kanak nakal serta akibat daripada perbuatan mereka. Antara tema yang diutarakan termasuk ponteng sekolah, membuli, merokok, membazir, mencuri, menipu, dan sikap malas. Setiap kisah disampaikan dengan penuh teladan, memaparkan kesan negatif daripada kelakuan tersebut, sekali gus memberi pengajaran bermakna kepada pembaca. Penekanan diberikan terhadap nilai-nilai murni seperti kejujuran, ketaatan, dan tanggungjawab. Melalui pengalaman yang dilalui, watak-watak dalam cerita ini akhirnya sedar akan kesilapan mereka dan bertekad untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Buku ini bukan sahaja mendidik, malah menghiburkan, dengan mesej moral yang jelas dan mudah difahami oleh pembaca muda. Ia merupakan bahan bacaan yang sesuai untuk membimbing generasi muda agar lebih berakhlak mulia dan menjauhi perbuatan negatif.

Cara untuk membuat pesanan:

Buat bayaran ke akaun di bawah:

Nama akaun: Dr Nik Rahim and Associates

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun: 0505-8010-0445 -77

Selepas membuat bayaran sila hantar bukti bayaran dengan menyatakan:

1) Nama

2) No Phone / email

3) Tajuk eBook

4) Jumlah bayaran

5) No. rujukan

ke no. 014 820 7111 


Untuk info lanjut, sila hubungi Dr Nik Rahim (018 3563 832)

===================================================

4. Himpunan Kisah-Kisah Haiwan - Penulis - Nik Umar Syihab Al Qayyim bin Nik Rahim & Dr Nik Rahim Nik Wajis (Harga RM10.00)

Sinopsis:

Buku ini mengandungi himpunan kisah haiwan dengan tema moral yang mendalam. Dalam kisah pertama, seekor harimau ganas menjadi cabaran kepada seorang pemburu bernama Amir Shah yang berusaha menewaskannya dengan keberanian dan doa. Kisah kedua menceritakan monyet yang mencuri makanan akhirnya insaf setelah melihat kesedihan seorang kanak-kanak, lalu berubah menjadi pelindung. Kisah ketiga menggambarkan anak ayam nakal yang belajar menghargai nasihat ibu selepas menghadapi ancaman "helang", yang sebenarnya adalah ujian dari teman ibunya. Kisah keempat memaparkan buaya tamak yang berubah sikap setelah ditolong rakan-rakannya sewaktu cedera. Akhirnya, kisah ular pematuk menggambarkan perubahan dari kejahatan kepada kebaikan, di mana ular berbisa insaf dan menjadi sahabat manusia.

Setiap cerita disertakan dengan pengajaran, seperti pentingnya persahabatan, nilai kerjasama, menjauhi kezaliman, dan keinsafan selepas melakukan kesilapan. Buku ini mengetengahkan nilai-nilai kemanusiaan melalui kisah-kisah haiwan yang bukan hanya menghiburkan tetapi mendidik secara yang halus.

Cara untuk membuat pesanan:

Buat bayaran ke akaun di bawah:

Nama akaun: Dr Nik Rahim and Associates

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun: 0505-8010-0445 -77

Selepas membuat bayaran sila hantar bukti bayaran dengan menyatakan:

1) Nama

2) No Phone / email

3) Tajuk eBook

4) Jumlah bayaran

5) No. rujukan

ke no. 014 820 7111 


Untuk info lanjut, sila hubungi Dr Nik Rahim (018 3563 832)

===================================================

5.  Kisah -Kisah Lucu Ubaid Dengan Sang Lipas- Penulis - Nik Ubaid Syihab Zulqarnain &Dr Nik Rahim bin Nik Wajis (Harga RM10.00)

Sinopsis: 

Buku ini mengisahkan Ubaid, seorang kanak-kanak sekolah yang pada awalnya sangat takut dengan lipas. Ketakutannya berpunca daripada pengalaman keluarganya yang geli terhadap serangga tersebut, termasuk peristiwa lucu ayahnya yang pernah menyebabkan ibunya hampir pengsan kerana seekor anak lipas.

Namun, segalanya berubah apabila Ubaid nekad untuk mengatasi ketakutannya. Bermula dengan cubaan menangkap seekor lipas besar yang luar biasa lincah, dia mengalami pelbagai kejadian lucu—daripada kejar-mengejar dengan lipas, memasang perangkap yang gagal, hinggalah menggunakan penyembur serangga yang menyebabkan lipas melarikan diri dengan gaya penuh aksi.

Kisah menjadi lebih menarik apabila seekor lipas yang boleh bercakap, bernama Lipo, muncul dalam hidup Ubaid. Lipo menawarkan persahabatan dan membimbing Ubaid untuk memahami bahawa lipas bukanlah sekadar makhluk yang menjijikkan tetapi juga mempunyai peranan dalam ekosistem. Mereka menghadapi pelbagai cabaran bersama, termasuk menyelamatkan haiwan lain semasa ribut dan memberi kesedaran kepada rakan-rakan sekolah tentang kepentingan menghormati makhluk kecil.

Kisah ini bukan sekadar cerita lucu, tetapi juga membawa mesej penting tentang menghadapi ketakutan, keberanian, persahabatan, serta menghargai setiap makhluk ciptaan Tuhan. Dengan elemen humor dan pengajaran yang ringan, buku ini pasti menghiburkan pembaca dari pelbagai peringkat umur.


Cara untuk membuat pesanan:

Buat bayaran ke akaun di bawah:

Nama akaun: Dr Nik Rahim and Associates

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun: 0505-8010-0445 -77

Selepas membuat bayaran sila hantar bukti bayaran dengan menyatakan:

1) Nama

2) No Phone / email

3) Tajuk eBook

4) Jumlah bayaran

5) No. rujukan

ke no. 014 820 7111 


Untuk info lanjut, sila hubungi Dr Nik Rahim (018 3563 832)


"Berminat untuk mendapatkan bimbingan penulisan eBook? Sila hubungi kami segera"






Saturday, 1 February 2025

Bengkel eBook Confirm Jadi (BECJA 2025). Siri 1

 Bengkel eBook Confirm Jadi (BECJA 2025). Siri 1 

Jom sahabat join bengkel ini. Insya Allah banyak yang anda akan pelajari insya Allah. Jom belajar dengan Coach Dr Nik Rahim, Coach berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang penulisan. Telah menulis lebih dari 40 buah eBook. Dr Nik akan kongsikan pengalaman beliau dengan semua peserta dan membimbing dari A-Z hingga anda berjaya hasilkan eBook sendiri Insya Allah.

Daftar sekarang. Tempat Terhad. Untuk info lanjut sila hubungi 014 820 7111 (Dr Nik Rahim)




Wednesday, 29 January 2025

Menulis: Bagaimana Mahu Bermula?

 

Menulis: Bagaimana Mahu Bermula?

Ramai orang mempunyai minat untuk menulis tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula. Keinginan untuk berkongsi idea, pengalaman, atau sekadar mencurahkan isi hati melalui tulisan adalah satu perkara yang baik. Namun, cabaran utama ialah mencari titik mula. Ini adalah sebahagian dari tips berguna untuk anda mula menulis.

1. Tentukan Matlamat Penulisan Anda

Sebelum memulakan penulisan, tanyakan pada diri sendiri: Mengapa saya mahu menulis? Adakah untuk berkongsi ilmu, menghasilkan karya kreatif, atau sekadar menulis diari peribadi? Menentukan matlamat akan membantu anda kekal fokus dan bermotivasi.

2. Pilih Topik yang Anda Minati

Memilih topik yang dekat di hati akan memudahkan anda untuk menulis dengan lancar. Jika anda gemar membaca tentang motivasi, mungkin anda boleh menulis artikel berkaitan inspirasi hidup. Jika anda minat sejarah, cuba tulis kisah-kisah menarik tentang peristiwa penting.

3. Buat Rangka Penulisan

Sebelum mula menulis, sediakan rangka atau garis besar idea anda. Ini boleh membantu anda menyusun isi kandungan dengan lebih teratur dan mengelakkan kesesakan idea di tengah jalan.

4. Mulakan dengan Ayat yang Menarik

Perenggan pertama sangat penting kerana ia menentukan sama ada pembaca akan terus membaca atau tidak. Gunakan ayat yang menarik, soalan provokatif, atau kisah ringkas yang relevan dengan topik anda.

5. Tulis Tanpa Takut Salah

Jangan terlalu risau tentang kesempurnaan ketika menulis draf pertama. Apa yang penting adalah anda menulis dahulu, kemudian lakukan suntingan untuk memperbaiki gaya bahasa, tatabahasa, dan struktur ayat.

6. Kembangkan Idea dengan Bacaan dan Rujukan

Penulis yang baik adalah pembaca yang hebat. Luaskan pembacaan anda untuk mendapatkan inspirasi dan memperkayakan idea dalam penulisan. Jika anda menulis sesuatu yang bersifat ilmiah, pastikan anda mempunyai rujukan yang sahih.

7. Konsisten dan Terus Berlatih

Menulis adalah satu kemahiran yang perlu diasah dari semasa ke semasa. Jangan mudah putus asa jika hasil pertama anda tidak memuaskan. Teruskan menulis dan perbaiki gaya anda.

8. Dapatkan Maklum Balas

Minta pendapat daripada rakan atau mentor tentang penulisan anda. Pandangan orang lain dapat membantu anda melihat kelemahan yang mungkin tidak anda sedari.

9. Gunakan Teknologi untuk Membantu

Terdapat banyak alat bantu seperti pemeriksa tatabahasa, kamus digital, dan platform penulisan dalam talian yang boleh membantu anda menghasilkan penulisan yang lebih baik.

10. Nikmati Proses Menulis

Akhir sekali, anggaplah menulis sebagai satu proses yang menyeronokkan. Jangan tertekan dengan kesempurnaan, sebaliknya nikmati pengalaman mencipta sesuatu yang unik daripada pemikiran anda sendiri.

Menulis bukanlah sesuatu yang sukar jika anda mempunyai keinginan yang kuat dan kesungguhan untuk belajar. Mulakan langkah pertama anda hari ini, dan lihat bagaimana penulisan boleh menjadi satu perjalanan yang indah dan bermakna dalam hidup anda.

Jika anda perlukan bimbingan, jangan risau! Kami sedia membantu anda. Hubungi Dr Nik Rahim Nik Wajis (Penulis 40 buah eBook/ Coach eBook Berpengalaman Anda - 018 3563832).

Dapatkan panduan lengkap penulisan eBook di sini

 https://muslimebookwriters.org/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2071


Breaking the Cycle : My Mistakes, Your Financial Wisdom Kindle Edition

eBook: Breaking the Cycle: My Mistakes, Your Financial Wisdom Kindle Edition by DR NIK RAHIM NIK WAJIS (Author)  Format: Kindle Edition Brea...